Terapad
Created with the free version of Terapad, ads can be removed from $14.15 a month Easy Website Creation Sign Up Now

Content

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.   Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta ikutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari perutnya minuman (madu) beraneka warna yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah An-Nahl, ayat 68-69).

Madu Kausar Iran adalah madu yang dipungut dari kawasan pergunungan Sabalan, Azerbaijan oleh Syarikat Aryan Global Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat Iran yang mempunyai pejabatnya di Malaysia di alamat B-07-07,Persiaran Selatan, Taman Serdang Perdana, 43300Seri Kembangan, Selangor, Darul Ehsan, Malaysia.  Kami Smart Wellness adalah merupakan promoter dan juga agen kepada Syarikat berkenaan.  Smart Wellness memasarkan barangan/produk kesihatan keluaran Muslim amat prihatin tentang ketulenan madu dan kami memilih Madu Kausar kerana ia adalah madu asli bermutu tinggi dalam kategori Gred A dengan 3 jenis keluaran iaitu Kausar Emas, Kausar Merah dan Kausar Hijau dengan kepelbagaian penggunaannya. 

Info Madu

1.    Madu bersifat antioksidan. Penyelidikan menunjukkan apabila tubuh kita mempunyai banyak antioksidan ianya dapat melawan penyakit kanser dan penyakit jantung serta mencegah kencing manis dan insomnia. Ia juga boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah.

2. Penyelidikan di universiti Purdue telah membuktikan bahawa pengambilan madu lebah dapat meningkatkan penyerapan kalsium untuk kekuatan tulang. Ini amat penting apabila anggaran menunjukkan sebelum tahun 2020, sebahagian rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko keretakan tulang (osteoporosis).

3. Madu lebah boleh membantu mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit serta menyinarkan rambut. Ia juga berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera.

4. Madu lebah adalah antimikrobial sesuai untuk merawat luka, melecur akibat terbakar atau sebagainya, sakit tekak, penyakit perut dan penyakit mata.

5. Madu lebah adalah sumber tenaga asli bagi atlit-atlit sukan. Bagi pengangkat berat, madu dapat memulihkan otot-otot yang letih.